TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Jumaat, 3 Mei 2013

PETUA AWET MUDA CARA MUSLIMAH



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke 
    atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari 
    anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
    Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan 
    mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. 
    Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru 
    diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah 
    menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan 
    dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-
    mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai 
    kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. 
    Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke 
    ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang 
    dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan 
      rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf 
      AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam 
      selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.






Sumber http://hafizamri.com/petua-muslimah-untuk-awet-muda/




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com


MERAWAT SAKIT KEPALA @ MIGRAIN


Merawat Sakit Kepala Atau Migraine

migrin

Bagi mereka yang selalu mengalami sakit kepala yang teramat sangat atau sakit kepala yang teruk dan selalu rasa sangat sakit kepala.

Bolehlah mengamalkan kaedah ini, Dengan mengamalkan kaedah dan ayat ini InsyaAllah migraine/sakit kepala yang anda alami akan berkurangan  dengan izinnya.

Kaedah Merawat Sakit Kepala :

1.Sediakan air kosong

2.Bacakan pada air tersebut ayat-ayat berikut:

- Al-Fatihah

- Selawat Syifa’

(لا يُصَدَّعونَ عَنها وَلا يُنزِفونَ ﴿١٩

Dalam Rumi:La yusodda’una ‘anha wala yunzifuna

- Hembus ke dalam air (sambil niat agar Allah jadikan air yang dijampi tadi sebagai ubat sakit kepala)

3.Minum air yang dijampi tadi

4.Letak sedikit air tersebut ke tapak tangan dan sapu kepala

Boleh juga dibaca ayat 19 Surah Al Waqiah pada tangan kanan dan diletakkan tangan tersebut pada kepala yang sakit.

Boleh juga minum madu bersama setengah biji lemon atau limau nipis. supaya kasi

Boleh juga berbekam 3 bulan sekali di kepala dan tengkok serta di belakang badan.

Sumber http://hafizamri.com/merawat-sakit-kepala-atau-migraine/


Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com





JERAWAT


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.


Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
*Sumber my Berita


Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com



CAROTOMAX : VITAMIN UNTUK MATA DAN KANSER

Hari ini kita baca tentang Vitamin untuk mata dan mencegah kanser ye.. JOm baca

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*

Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan



Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat


  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan




Credit : Shaklee


  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wassalam.
"Cik Iza"


Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com

KEBAIKAN B-COMPLEX UNTUK MIGRAIN

Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan....."aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintakmaaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..kan kan.. mari baca artikel dari link ini

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

§ Sakit kepala kerana tekanan
§ Sakit kepala kerana sinus
§ Sakit kepala kerana migrain

Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

§ Kekurangan zat dan nutrisi
§ Faktor keturunan
§ Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
§ Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
§ Terlalu banyak mengambil kafein
§ Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.Kenapa supplement lebih baik dari ubat?Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:


(Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.

Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. 

*sumber dari Mamafaiz

Apa tunggu lagi,  dapatkan 2 supplemen ini......




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com