TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Isnin, 6 Mei 2013

AWET MUDA KE?








Akak umo berapa? jiran Cik Iza tanya bila Cik Iza kata dah umo 4 series, dia orang kata cam tak caya sebab Cik Iza nampak muda? Harus perasan tak yea? (Haruslah....perasan kejap wpon xbearapa nak muda). DAh orang nak puji, nak buat camana redha n terima je lah kan (dalam hati mood tu dah kembang kuncup tak bole kawal perasaan yang perasan teramat sangat). Mula2 dulu dia kat tak tahu nak bahasakan diri apa tapi dah Cik Iza bahasakan diri akak, dia pon ye kan aja sbb dia tak tya umo. ye lah orang pompuan ni kan, bila bbual takde nya nak layan2 umo nih, sensitip kata omputih tu...bio orang meneka, kalo terteka muda, alhamdulillah, tapi kalo terteka tua tu, senyap je lah, tapi Cik Iza dah biasa membahasakan diri "akak" bila jumpa2 dia orang, lagi selamat. Lagi pon mmg layak pon, umo dah layak masuk "Kilauan Emas", kira dah alam veteran lah kan.

Cerita2 muda ni, harap2 muka muda, badan pon muda lah, yea...maksud Cik Iza tu, sihat seadanya, tak nak baru umo pat puluh, dah sakit2 lutut, sakit2 sendi...mcm2 lah sakit ...tak mao tak mao...

wah, cerita2 badan muda nih, ada sorang bole dikatakan jiran jugak le, satu taman len lain lorong, dia selalu serempak ngn Cik iza bila nak ambik anak sekolah agama, dia selalu tegur, dah masak lum? Biasa lah Cik Iza jawab, dah masak n dah makan pon...makan awal eh selalu, tapi badan slim je kan? Hemmmm...Cik Iza pon terkontrol ayu tersipu2 gitew...jalan pon ala2 dah berterabur sebab kena puji, nak cover2 supaya tak nampak perasan Cik Iza cakap le, slim jugak lah, sebab hari2 jalan kaki ambik anak, wpon tak sampai sekilometer jauhnya, jalan lah jugek....ye tak?

Satu hari tu dia berpeluang jalan sensaing Cik Iza, dia tya umo Cik Iza, Cik Iza lak ntah nape tinger ni salah dengo ingat dia tya umo anak Cik Iza, Cik Iza jawab 7...dia tya hah umo 27 ke? saya kakak lah kalo gitu, saya dah 34...eh eh, Cik Iza kata tak tak, ingat tya umo anak, umo akak 41 dah..eh, ye ke? nampak muda lah...Ya Allah bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah, Cik Iza tak tau nak kata apa dah....bersyukur aja lah campur2 perasan tak sudah le opkos kan..

Alhamdulillah kalau dikatakan begitu, Cik Iza amalkan apa yea? dia tya...Alhamdulillah Cik Iza rajin makan vitamin sebenarnya, jamu kadang2, tapi sejak akhir2 ni, Cik Iza amalkan makan Supplemen Shaklee, alhamdulillah, Cik Iza cergas seadanya, bangun dah tak letih2 mcm dulu, nak anto anak sekolah pepagi tu menguap aja wpon baru kul 10am, tapi sekarang tak lagi, bangun je pagi dah cergas....masalah pencernaan pon dah okay, dulu susah sgt nak lawasnya, sekarang alhamdulillah....

Harapan Cik Iza, dengan Shaklee (inshaallah dengan Izinnya) Cik Iza sentiasa awet muda, luar dan dalam...siapa nak percaya kan? Hah, Cik Iza bagi testimoni diri sendiri nih....cuma secara berperingkat lah kan, takde nya terus2 nak muda cam 18 tahun, kang dah orang kata suntik menyuntik pulak...tak muka muda pon asalkan sistem badan berfungsi dengan baik, sihat, cantik dan cergas (wah sama nama blog Cik Iza pulak) pon dah bersyukur, nampak muda dari usia tu bonus lah nampaknya...mana lah tau, kot2 harapan Cik iza nak muka licin tercapai, takat ni jerawat2 kecil masih ada, nak putih beno tu tidak le harap sangat sebab Cik Iza, beso2 dah tak berapa cerah, kang disangsikan lak Cik Iza mandi klorok ha ha....takpe lah, dapat kulit licin, halus, kedut2 kurang, syukur alhamdulillah...

Akhir kata...marilah kita berAwet Muda, Sihat, Cantik dan Cergas dengan Shaklee.....Muda segala2nya....

Sekian Salam Manis Dari




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com





Jumaat, 3 Mei 2013

PETUA AWET MUDA CARA MUSLIMAH



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke 
    atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari 
    anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
    Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan 
    mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. 
    Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru 
    diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah 
    menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan 
    dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-
    mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai 
    kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. 
    Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke 
    ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang 
    dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan 
      rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf 
      AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam 
      selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.






Sumber http://hafizamri.com/petua-muslimah-untuk-awet-muda/




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com


MERAWAT SAKIT KEPALA @ MIGRAIN


Merawat Sakit Kepala Atau Migraine

migrin

Bagi mereka yang selalu mengalami sakit kepala yang teramat sangat atau sakit kepala yang teruk dan selalu rasa sangat sakit kepala.

Bolehlah mengamalkan kaedah ini, Dengan mengamalkan kaedah dan ayat ini InsyaAllah migraine/sakit kepala yang anda alami akan berkurangan  dengan izinnya.

Kaedah Merawat Sakit Kepala :

1.Sediakan air kosong

2.Bacakan pada air tersebut ayat-ayat berikut:

- Al-Fatihah

- Selawat Syifa’

(لا يُصَدَّعونَ عَنها وَلا يُنزِفونَ ﴿١٩

Dalam Rumi:La yusodda’una ‘anha wala yunzifuna

- Hembus ke dalam air (sambil niat agar Allah jadikan air yang dijampi tadi sebagai ubat sakit kepala)

3.Minum air yang dijampi tadi

4.Letak sedikit air tersebut ke tapak tangan dan sapu kepala

Boleh juga dibaca ayat 19 Surah Al Waqiah pada tangan kanan dan diletakkan tangan tersebut pada kepala yang sakit.

Boleh juga minum madu bersama setengah biji lemon atau limau nipis. supaya kasi

Boleh juga berbekam 3 bulan sekali di kepala dan tengkok serta di belakang badan.

Sumber http://hafizamri.com/merawat-sakit-kepala-atau-migraine/


Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com





JERAWAT


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.


Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
*Sumber my Berita


Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com



CAROTOMAX : VITAMIN UNTUK MATA DAN KANSER

Hari ini kita baca tentang Vitamin untuk mata dan mencegah kanser ye.. JOm baca

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*

Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan



Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat


  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan




Credit : Shaklee


  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Wassalam.
"Cik Iza"


Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com