TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Sabtu, 9 Januari 2016

SEPI TANPA BERITA

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum...

Selamat tengahari dan selamat sejahtera kepada pembaca setia blog Cik Iza ni....masalahnya ada ke? Harap-harap adalah yea walaupun Cik Iza selalu tenggelam timbul. Untuk pengetahuan semua tenggelam timbulnya Cik Iza bukan kerana Cik Iza malas nak menulis, cuma masalah kecil aja...pc takde..kecil sangat kan. Tak apalah memandangkan masalah Cik Iza dah diselesaikan, Cik Iza berazam untuk menulis dan mengupdate belog dengan lebih rajin lagi Inshallah...Amin

Hari pertama Cik Iza menulis ni biarlah Cik Iza cerita tentang persekitaran dulu lah....alam sekitar, ceritanya begini, depan rumah Cik Iza ni ada pokok pelam, masyallah alhamdulillah lebat buahnya....beserta daunnya dan dahannya...dipendekkan cerita..lebat segala-galanya. Rimas lah jugak sebab ada sebahagian dahan dan daun terkena atap (eh atap ke?) rumah Cik Iza, maklum sekarang musim angin, seram-seram jugak lah, kebetulan pulak daun yang menghala ke jalan selalu kena "smash" dengan kenderaan tinggi dan berat, biasanya lori lah..bergegar tulang rusuk Cik Iza, hihi salah pulak, bergegar lah jugak atap tu...

Cik Iza ambil keputusan nak telefom Majlis Perbandaran tempat Cik Iza menetap, ada jugak dia orang beritahu kena tebang sendiri sebab pokok tanam sendiri...Cik Iza risau jugak sebab maklum ler income tak berapa ada...kena lah kedekut bab bajet membajet nih. Berani kan diri jugak telefon Majlis Perbandaran, Alhamdulillah senang urusannya dan yang paling penting tak payah bayar, diulangi....tak bayar..mat salleh kata FREE....

Cik Iza pun apalagi proceed je lah, dah benda free nak tunggu apa lagi...gedebak gedebuk gedebek...datang lah si pemotong pokok tu hari ini...selesai lah kerja nya dalam masa yang tak lama pun...bukan rumah Cik Iza aja, rumah jiran-jiran sebelah sekali..ehhhh dengan izin dia orang lah sebab masa buat aduan tu Cik Iza request sekali dia orang punya pokok...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semua orang berpuashati dan yang penting FREE ha ha ha....teraannngggg sikit kawasan rumah tu..lapang gitew...

Kesimpulan cerita Cik Iza ni sebenarnya nak beritahu, apa pun perkara yang nak dilakukan, jangan malu untuk bertanya kerana sapa yang malu bertanya sesat jalan....kan kan...kalau Cik Iza bersikap dengar cakap orang dan malas ambil tindakan tentu pokok depan rumah makin lama makin membesar dan silap-silap  bukan menyusahkan Cik Iza sekeluarga, malah orang awam juga...ewah Cik Iza dah macam Karam Singh Walia ni.

Sekian Untuk Hari Ini, maaf sebab photo Cik Iza tak sempat snap maklum lah, teruja nak tengok orang tebang pokok tadi....Apapun, kepada adik yang tebang pokok tadi....terima kasih dan bravo sebab anda memang hebat dengan profession anda...senang aja dia potong pokok tu Cik Iza tengok, dah macam cincang sayur aja...zap zap zap siap....tabik kat dia.

Bye,

Salam Sayang Dari Cik Iza

Terima Kasih Kepada

1) Majlis Perbandaran Pasir Gudang Attn : Tuan Hj Yazid MPPG
2) Jiran-jiran yang sama-sama sabar menunggu pokok ditebang
3) Encik Pemotong Pokok - Nama tak tanya tapi hari ini dia pakai baju merah
4) Sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini...

Kah kah Kah Cik Iza dah feeling feeling pengarah filem nak credit terima kasih pulak, takpe lah ini kan blog Cik Iza, sukahati Cik Iza lah kan nak tulis apa...

Cik Iza (09/01/2016-Sabtu)-13.30pm

Khamis, 19 Februari 2015

NANO WHITE PRODUK REVIEW

Assalamualaikum,

Sebelum Cik Iza mulakan pem"blog"an, wah ayat ntah apa2 aja kan. Biarlah Cik Iza sapu-sapu sawang yang ada di blog Cik  Iza ni yea....Rasanya dah lama sangat Cik Iza tak menulis. Semua itu bukan disebabkan kerana Cik Iza malas, Cik Iza tak berblog kerana pc Cik Iza ada masalah sikit....hihi kat rumah Cik Iza tak ada note book @ laptop yea...Cik Iza guna PC yang gedabak mak aiii besonya, peten lama katanya, takpe lah janji Cik Iza ada kan??? Gelak ke? Ish ish tak baik gelakkan Cik Iza, dah itu yang Cik Iza ada....Bersyukur..

Alhamdulillah walaupun Cik Iza punya pc bermasalah sikit lately, Cik Iza pegi lah Cc sambil temankan anak2 Cik Iza, hah ambik ko....empat beranak pergi rombongan ke Cc...bukan apa, kita ajak buat apa yang anak kita suka, join to the club, sekurang2nya dia orang dapat suka-suki dalam masa yang sama bersama-sama dengan parents...kan okay gitu..lagi pon biarlah dia orang tu respek kat kita sebab mak pak dia orang tak buta IT...bukan tau men game je kan, ni pon sambil teman bujang Cik Iza buat tugasan sekolah...sambil memantau jugak..

Rasanya Cik Iza macam dah salah tajuk kan? Kata nak buat review produk NANO WHITE tapi cerita lak pasal keibu bapaan.....takpe itu akan Cik Iza kongsi di epsiod akan datang...

PENCUCI MUKA NANO WHITE



Cik Iza guna pencuci muka ni, almost 2 years Cik Iza guna dan kesannya...alhamdulillah, dah ada yang puji Cik Iza semakin cerah gitew....tak yah guna ehem ehem untuk putih....

TONER



Toner ni, Cik Iza baru je guna...selama hari ni memang takde guan toner, tapi bila buat sikit research kena lah guna toner sebab bole bantu kecilkan pori-pori...maklum lah Cik Iza ada batu bulan yang walaupun tak seberapa besarnya...menyumbang jugak ketidak ke cun nan Cik Iza nih...hihihii sendiri dah tak cun salahkan pori lak....tapi bagus lah toner ni, sejukkkkkk je dan rasa lembap2 sikit..macam terserlah ayu ku selepas menggunakannnya...cewahhh...

SUNBLOCK



Hokay, untuk sunblock Cik Iza guna yang ini, tapi Cik Iza guna yang natural color sebab Cik Iza jenis suka yang natural-natural..bak kata mat salleh tu, natural beauty...cewah....

Setakat ni, setelah Cik Iza guna 3 produk ini walaupun tak lengkap dan ditambah dengan rakan sekerja yang memuji....jadi dah nampak kesannya ke atas Cik Iza kan? Kalau lah Cik Iza guna set lengkap harus terlajak jelita Cik Iza ni....perasan....

Okay lah nanti Cik Iza upload photo Cik Iza yang terkini sebab hari ini tak boleh, kat cc....lain kali yea...

Photo-photo produk cik Iza dapat dari sumber PRODUK NANO

sila lah layari web @ facebook tersebut untuk tahu lebih lanjut sebab Cik Iza tak sempat nak snap photo produk Cik Iza sendiri.....

Bye,

Wassalam, Salam Sayang dari Cik Iza


Sabtu, 9 Ogos 2014

Cerita Malam Tadi

Assalamualaikum, memandangkan hari ni saya x sibuk sangat marilah kita cerita ceriti sikit.
Alkisah malam tadi tengah leka layan fb tetiba encik asben panggil, dia kata kawan anak bujang saya ramai kat depan rumah, dia orang tengah lepaking vs boraking, kesian pulak tengok dia orang duduk borak2 kosong aja apa lagi dengan kuasa veto yang ada my encik asben suruh saya masak apa yang patut...pelawa dia orang semua masuk dan beraya lah sekali kan......mengeratkan silaturrahim katanya.
Saya macam biasa lah mana terer bab cooking mengcooking nih..time emergency cenggitu yang reti masak cuma spagethi aja. he he kalo masak yang lain harus terbalik dapur.
Alhamdulillah......selamat semuanya, harap2 anak2 semua berpuashati dengan masakan kelam kabut makcik yea....

Meh saya kongsikan photo diaorang semalam....

Isnin, 26 Mei 2014

GREENISH TURQUOISE 86025 BUTTON JUBAH


CANTIK KAN? TENTU LEBIH CANTIK JIKA ANDA YANG MEMAKAINYA, KALAU CIK IZA LAGI CANTIK KOT..HE HE...SAPA-SAPA JE LAH CANTIK....

MASIH ADA LAGI, BERMINAT?
CONTACT CIK IZA
017-7365931

NAYLA DRESS

Nayla Dress
(SUP L)

Material High Quality Chiffon with lining
Size Free Size (Fits up to L)
Measurement Length: 138 cm
Bust: 96 cm
Waist: 102 cm ( have ribbon , can adjust)
Shoulder: 42cm
Sleeve: 60 cm ·

(di bahagian lengan sahaja tiada lining)
Colour : pink, purple, turqouise, black & peach
Size : Free size ( fit to L )


Cik Iza
017 7365931