Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak
kira besar atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak
belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan ? Itu perkara biasa.
Jerawat kat DAHI
Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi
punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya
selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal
serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita
mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut
melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari
atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU
Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang
telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita
yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang
tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar
seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di
sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi
petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit.
Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat
anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan
sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda
perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong
sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan
toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.
*Sumber my Berita