TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Rabu, 24 April 2013

RAHSIA BAWANG PUTIH




Assalamualaikum semua, haaari ni, tym cenggini barulah Cik Iza berkesempatan mengupdate blog sebab Cik Iza agak bz sikit menguruskan anak2 ke sekolah dan ada beberapa perkara lain yang perlu diuruskan . hari ini Cik Iza nak berkongsi dengan para pembaca tentang rahsia. Eh eh bukan rahsia si polan dengan si polan @ artis2 punya rahsia, tak baik gossip nih, berdosa. Rahsia yang Cik Iza maksudkan ialah rahsia si Bawang Putih. Bukan jugak adik beradik tiri bawang merah, ianya adalah bawang putih yang ada kat dapur semua orang kecuali dah kehabisan stok. Ala, bawang putih yang ada orang beritahu kalo makan banyak2 nanti badan berbau (kesahihannya Cik Iza tak pasti). Rupa2nya bawang putih yang bukan feveret semua orang tu banyak kelebihan dan rahsianya, mungkin ada yang dah tau tapi rasa2nya ramai jugak yang tak tau termasuk Cik Iza sendiri. Di bawah Cik Iza kongsikan 8 rahsianya yang sumber maklumat Cik Iza perolehi dari puspanita. Silakan membaca dan renung2kan.

8 rahsia bawang putih

1. Mengurangkan risiko strok.
Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.
2. Mengurangkan risiko kanser.
Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4. Antiinflamasi.
Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.
5. Mengandungi banyak iodin.
Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
6. Membantu sistem pencernaan.
Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.
Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Dah habis bacakan? banyak manfaatnya bawang putih ni, sungguh...di Shaklee ada jugak Produk Garlic jadi fungsi dan kebaikannya kita dah jelas sekali. Formula Shaklee yang unik bagi mengekalkan komponen semulajadi bawang putih segar, termasuk sebatian pembentuk alisin. Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary. Jadi jalan penyelesaian kepada sesiapa yang terfikir2 macamana lah nak telan bawang putih sebijik2 tuh...tak payah pening2 kepala makan aja Garlic Shaklee confirm tak smelly (omputih kata lah).


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Okay, ini lah sahaja coretan Cik Iza pada hari ini. Jumpa lagi esok dengan cerita2 hebat tentang Produk2 Shaklee yang lain.

Wassalam.
"Cik Iza"








Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com