TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Memaparkan catatan dengan label Pokok Pelam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pokok Pelam. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Januari 2016

SEPI TANPA BERITA

Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum...

Selamat tengahari dan selamat sejahtera kepada pembaca setia blog Cik Iza ni....masalahnya ada ke? Harap-harap adalah yea walaupun Cik Iza selalu tenggelam timbul. Untuk pengetahuan semua tenggelam timbulnya Cik Iza bukan kerana Cik Iza malas nak menulis, cuma masalah kecil aja...pc takde..kecil sangat kan. Tak apalah memandangkan masalah Cik Iza dah diselesaikan, Cik Iza berazam untuk menulis dan mengupdate belog dengan lebih rajin lagi Inshallah...Amin

Hari pertama Cik Iza menulis ni biarlah Cik Iza cerita tentang persekitaran dulu lah....alam sekitar, ceritanya begini, depan rumah Cik Iza ni ada pokok pelam, masyallah alhamdulillah lebat buahnya....beserta daunnya dan dahannya...dipendekkan cerita..lebat segala-galanya. Rimas lah jugak sebab ada sebahagian dahan dan daun terkena atap (eh atap ke?) rumah Cik Iza, maklum sekarang musim angin, seram-seram jugak lah, kebetulan pulak daun yang menghala ke jalan selalu kena "smash" dengan kenderaan tinggi dan berat, biasanya lori lah..bergegar tulang rusuk Cik Iza, hihi salah pulak, bergegar lah jugak atap tu...

Cik Iza ambil keputusan nak telefom Majlis Perbandaran tempat Cik Iza menetap, ada jugak dia orang beritahu kena tebang sendiri sebab pokok tanam sendiri...Cik Iza risau jugak sebab maklum ler income tak berapa ada...kena lah kedekut bab bajet membajet nih. Berani kan diri jugak telefon Majlis Perbandaran, Alhamdulillah senang urusannya dan yang paling penting tak payah bayar, diulangi....tak bayar..mat salleh kata FREE....

Cik Iza pun apalagi proceed je lah, dah benda free nak tunggu apa lagi...gedebak gedebuk gedebek...datang lah si pemotong pokok tu hari ini...selesai lah kerja nya dalam masa yang tak lama pun...bukan rumah Cik Iza aja, rumah jiran-jiran sebelah sekali..ehhhh dengan izin dia orang lah sebab masa buat aduan tu Cik Iza request sekali dia orang punya pokok...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan semua orang berpuashati dan yang penting FREE ha ha ha....teraannngggg sikit kawasan rumah tu..lapang gitew...

Kesimpulan cerita Cik Iza ni sebenarnya nak beritahu, apa pun perkara yang nak dilakukan, jangan malu untuk bertanya kerana sapa yang malu bertanya sesat jalan....kan kan...kalau Cik Iza bersikap dengar cakap orang dan malas ambil tindakan tentu pokok depan rumah makin lama makin membesar dan silap-silap  bukan menyusahkan Cik Iza sekeluarga, malah orang awam juga...ewah Cik Iza dah macam Karam Singh Walia ni.

Sekian Untuk Hari Ini, maaf sebab photo Cik Iza tak sempat snap maklum lah, teruja nak tengok orang tebang pokok tadi....Apapun, kepada adik yang tebang pokok tadi....terima kasih dan bravo sebab anda memang hebat dengan profession anda...senang aja dia potong pokok tu Cik Iza tengok, dah macam cincang sayur aja...zap zap zap siap....tabik kat dia.

Bye,

Salam Sayang Dari Cik Iza

Terima Kasih Kepada

1) Majlis Perbandaran Pasir Gudang Attn : Tuan Hj Yazid MPPG
2) Jiran-jiran yang sama-sama sabar menunggu pokok ditebang
3) Encik Pemotong Pokok - Nama tak tanya tapi hari ini dia pakai baju merah
4) Sesiapa sahaja yang terlibat dalam kes ini...

Kah kah Kah Cik Iza dah feeling feeling pengarah filem nak credit terima kasih pulak, takpe lah ini kan blog Cik Iza, sukahati Cik Iza lah kan nak tulis apa...

Cik Iza (09/01/2016-Sabtu)-13.30pm