TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Memaparkan catatan dengan label syurga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syurga. Papar semua catatan

Khamis, 25 Februari 2016

IBU, MAK, UMI, MAMA, MUMMY

Assalamualaikum,

Hari ini Cik Iza terpanggil nak cerita tentang ratu hati kita semua....seperti yang Cik Iza tulis ditajuk atas tu...Ibu, Mak, Umi, Mama, Mummy...ada lagi tak yea? Kalau ada sila lah kongsi sebab setakat ini Cik Iza dengar yang itu aja, tadi Cik Iza baru aja baca tentang Wak Ros, mak Saiful Nang blogger, penulis, karyawan, usahawan terkenal tu...tak pernah dengar? cuba ikuti dia di KISAH ORANG MENANG, mesti best punya, CIk Iza follow fb dia sebab minat dengan gaya penulisannya yang bersahaja, terutama bila dia bercerita tentang keluarga dan anak-anak terutama anak yang bernama Orked...

Semua kita ada mak, walau apa pun panggilan yang kita lontarkan buat syurga kita itu, dia lah ratu hati kita yang sentiasa dihati dan dia lah orang yang sentiasa ada bersama walau apa keadaan sekalipun. Walaupun CIk Iza bersama dengan mak Cik Iza tak lama, hanya 6 tahun sahaja, memori ketika bersama mak tak akan boleh Cik Iza padam buat selama-lamanya.

Mak Cik Iza garang orangnya, tapi tegas dan garang bertempat bukan garang tak tentu hala, pernah lah Cik Iza kena cili (betul tau, sampai sekarang Cik Iza ingat walaupon perkara itu sudah lama berlalu), mak Cili mulut Cik Iza sebab menangis tak henti-henti...sebabnya sikit aja, mak tak ajak Cik Iza pergi yasin di rumah jiran. Masa tu Cik Iza tidur dan dia tinggalkan Cik Iza dengan abah. Masa abah nak jemput mak dengan vespa abah tu, opkos Cik Iza diri kat depan...cool kan sapa ada vespa, boleh diri kat depan, nak lagi havoc boleh lambai-lambai tangan u alls,,,he he he, mula-mula Cik Iza rilek aja bila abah tunggu mak kat bawah pokok, Nampak aja muka mak, Cik Iza dah start nangis tak berhenti sampai lah kat rumah...motif? tunjuk perasaan agaknya, mungkin kerana bingit, mak terus cili mulut Cik Iza...rasa oooo pedas nya hihihi, macamana Cik Iza boleh ingat? Cik Iza tak tahu tapi itu betul Cik Iza tak tipu, kan Cik Iza dah kata Cik Iza ni jenis yang akan ingat sesuatu yang melekat dihati....tak kira pahit @ manis, kadang-kadang tu siap dialognya Cik Iza ingat. Why??? Anugerah Allah itu yang Cik Iza tahu...

Cik Iza ingat ketika mana mak Cik Iza tiba-tiba pengsan diperigi, dihari-hari terakhirnya, masa tu Cik Iza ikut dia cuci kain, semua tu ada dalam memori ini, harapan Cik Iza dan sentiasa Cik Iza panjatkan doa semoga ianya kekal sampai bila-bila....

Baju apa yang Cik Iza pakai dihari terakhir Cik Iza Nampak mak, ketika mak diusung keluar dari rumah...semua Cik Iza ingat.. YA ALLAH terima kasih atas kurniaan mu ini, sekurang-kurangnya walaupun mak dah tiada disisi, dia sentiasa dihati.......Semoga aruah mak berada dikalangan orang-orang yang beriman dan mak syurga tempat mak...inshaallah..Amin....

Salam Sayang dari Cik Iza, tetiba pulak Cik Iza pengedar Shaklee rasa sebak...
ID SHAKLEE : 906325/ 017-7365931