TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Rabu, 24 Februari 2016

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Assalamualaikum Dunia, Lihatlah Semua.....................

He he he selamat pagi Cik Iza ucapkan pada adik2 manis, kakak2 gojes, abang2 hensem, pakcik makcik yang comey2 belako...kenapa lak Cik Iza intro ala2 kelate nih...terbawak2 ngan Dato' Vida lettew...femes kan dato Vida pink tue, dia tu Cik Iza respek tang kuat semangat nya itu lah, tak kira lah sapa ke apa ke yang kondem dia, tetap lah dia tersenyum dan kata mujurlah ada Pamoga, kalau Cik Iza, kuat ke tidak eh? sentap lah apa lagi.....abis dah orang dok kutuk macam2, tak banyak sikit tu adalah rasa sedih sebab orang ramai ni tau nak kondem aje lah kerjanya, cuba lah pergi bersemuka dengan Dato'Vida sendiri cakap, Dato'....bla bla bla, ibarat kata nasihat....jangan dok kondem kat media social..

Cik Iza ni beri pandangan peribadi aja, jangan lak kata Cik Iza kipas Dato' Vida tu yea, dak aih....Cik Iza jujur memberi pandangan, kalau Cik Iza sendiri ada orang jumpa dan cakap personally tentang sikap @ apa sahaja yang orang tak suka mungkin Cik Iza boleh terima dengan hati terbuka sebab kaya ke, miskin ke, jutawan ke, dermawan ke dan apa-apa lagi wan kat dunia ini, kita ni manusia masih ada hati dan perasaan...bukannya robot boleh main petik-petik suis...

Ala, tak payah jauh lah, suami kita kalau yang kenal kita bertahun dan kadang tido sebantal, makan sepinggan pun kalau dia kutuk-kutuk kita dan kadang2 tu gurau2 manja ke kasar ke kita dah kecik hati @ sentap @ touching....ini kan pulak orang luar yang kita tak kenal dia, tak usik dia pun....tak langgar bahu dia pun, tak mintak duit dia pun dan macam2 "tak" lagi lah..........kondem kita kaw kaw dan kata orang sekarang nau nau, mungkin kita ehhhhh dia ni apa hal.....

Apa pun kita anggaplah itu semua cabaran hidup, dan orang suka kat kita sebab nak ambik tahu pasal kita, nanti orang akan cakap, ala Cik Iza ni bajet femes macam ada orang nak mengata dan ambil tahu pasal dia...ehhhhhh hakak, adik, abang semua Cik Iza ada pengalaman lah, Cik Iza kenal lah orang tu cuma tak rapat dan kenal gitu2 aja, dia boleh fitnah kan Cik Iza kat semua orang yang Cik Iza ni sombong, tak kenal sedara...ntah apa2 dan yang tak tahan tu pangkat makcik pulaknya, hish hish....pak kal je lah (sapa lak pak kal ni ek?...orang Johor tau le pak kal tu macam ........nasib baik le gitu kot) pak kal je lah dia tu dah tua ....kalo tak dah lama dah..........dah lama apa? dah lama dah Cik Iza update status kat fb mengata dia ha ha ha, tak kan lah, Cik Iza ni berhati mulia tau, tak kuasa mak nak layan benda2 macam tu cuma terkilan lah, Cik Iza jumpa dia beberapa kali aja dan dia dah cop Cik Iza sombong...

Tahap kebengangan Cik Iza, bengang ya bukan bangang, jangan lak salah baca.............masa majlis, kerja kawin abang ipar Cik Iza dia boleh buat kerja mengata-mengata ni, mana2 sedara ke ntah sapa2 setiap kali Cik Iza lalu dia mesti cakap, sombong dia ni, dengan sedara pon dia tak kenal....ntah apa2 agaknya, and for information sampai sekarang Cik Iza menyampah tengok dia, seb baik le dah lama tak nampak muka dia.

Nanti korang akan tanya macamana boleh jadi gitu Cik Iza? Nak tau jugak lah, Sabo lah, nak citer lah ni...............mula-mula Cik Iza diperkenalkan dengan dia masa majlis kenduri kat rumah my mother in law...okay lah Cik Iza salam dia macam Cik Iza salam orang lain lah, lepas tu Cik Iza beredar, ehhhh tak alih2 dia jumpa en asben Cik Iza dan cakap bini kau tu sombong, tak kenal sedara...ek ele, apa hal makcik tahi lalat beso ni cari gaduh ke apa? bajet dia nak suruh Cik Iza peluk mesra dia ke? memang tak lah kan.....en asben Cik Iza siap cakap kat dia, tak adalah, dia tak sombong sebenarnya, cuma dia tak berbual sangat kalau dengan orang yang dia tak biasa....ehhhhh tidak katanya, memang bini kau sombong.....kelas kan makcik tu mengata orang bukan main, Cik Iza bagi dia 100 bintang...geram kata kau............Ya Allah, apa lah salah Cik Iza pada dia kan, bukan setakat tu aja, keesokan harinya pun dia masih mengembangkan lagi sayapnya, dok cerita yang bukan2 kat orang, malu lah Cik Iza.
Cik Iza tak pasti apa agaknya perasaan dia masa tu.......bangga kot, biarlah dia pun hidup tak lama lagi (mak aii Cik Iza kasar doa tu), sampai lah abang ipar Cik Iza sendiri tanya wife dia kenapa makcik tu dok canang cerita pasal Cik Iza? Dia pun konpius....ye lah semua orang tahu Cik Iza berat mulut sebenarnya, sombong jauh sekali..............walaupon Cik Iza berat mulut tapi kalau dah kenal dengan sesorang, Cik IZa boleh pot pet pot pet.

Tapi apa yang menghairan kan Cik Iza, katanya dia tak suka Cik Iza tapi setiap kali Cik Iza lepak dan berborak dengan sesiapa kat mana-mana masa majlis tu, dia sibukkkkk je nak interframe...tak alih-alih menyampuk, dah lah menyampuk....nak menang aja pulak tu. Geram kot...sabo aja lah...

Kesimpulan dari cerita Cik Iza ni, makcik kepoh tu sebenarnya nak berkawan dengan Cik Iza dan dia nak rapat-rapat dengan Cik Iza dan mungkin kerana Cik Iza tak layan dia, itu yang membuatkan dia geram dan menabur fitnah...kiranya kalau Cik Iza berdoa time tu mesti makbulkan..........doa orang2 yang teraniaya katanya....wallhua'lam..

Sekian Sahaja, akhirkata nasihat dari Cik Iza, jangan lah kita menilai orang dengan sekali pandang, kenali lah dia KATA ORANG TAK KENAL MAKA TAK CINTA dan kalau kita tak berpeluang mengenali dia, diam dan tak perlu kata apa-apa...itu jauh lebih baik dari mengata dia dan yang rugi nya kita sebab menambah dosa yang sedia ada....

Salam Sayang Dari Cik Iza yang sehingga kini masih lagi
Pengedar Shaklee....
ID 906325



Catat Ulasan