Tanda-tanda serangan jantung antara lainnya ialah kesukaran
bernafas, merasa sakit di bahagian dada, badan menjadi biru, keletihan dan
boleh menyebabkan pengsan.
Penyakit jantung
berkaitan dengan amalan makanan dan pemakanan serta gaya hidup seseorang. Kurang senaman atau
bersukan menjadi salah satu faktor kepada punca penyakit atau serangan jantung.
Memakan makanan yang tidak seimbang juga mendorong kepada risiko penyakit
jantung. Kita kerap memakan makanan yang berminyak dan berlemak seperti daging,
telor, keju, susu dan makanan-makanan yang dihasilkan daripada lemak dan minyak
serta makanan daripada hidupan laut (sea
food) seperti ketam, udang
dan kerang. Makanan-makanan seharusnya dimakan seimbang dengan makanan-makanan
lain yang tidak berlemak atau berminyak.
Jantung Manusia
Faktor-faktor lain
yang turut menyumbang kepada penyakit jantung ialah kegemukan (obesiti), tekanan darah tinggi, kencing manis, kencing berasid,
meminum akohol dan juga merokok.
Berikut ialah
penjelasan ringkas bagaimana faktor-faktor di atas menyebabkan penyakit atau
serangan jantung.
MEROKOK: Merokok sebenarnya menghisap karbondioksid,
sejenis gas yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia. Merokok boleh
menyesakkan arteri,
meningkatkan tekanan darah, menyebabkan kerosakan dinding arterial dan melekitkan darah platelet.
Berdasarkan kajian
pakar perubatan, seseorang yang merokok sebungkus rokok sehari berkemungkinan
diserang penyakit jantung tiga kali ganda berbanding dengan orang yang tidak
merokok. Oleh itu, berhentilah merokok kerana kita menghisap asap!
TEKANAN DARAH TINGGI: Meningkatnya tekanan darah boleh memberi
risiko kepada manusia. Tekanan darah yang tinggi bukan sahaja boleh menjejaskan
jantung tetapi juga boleh menyebabkan angin ahmar dan menimbulkan masalah
kepada buah pinggang. Buah pinggang berfungsi untuk membersihkan darah dan
membuang air daripada badan. Seseorang yang mengidap penyakit buah pinggang
terpaksa menjalani rawatan pembersihan darah atau haemodialysis.
Tekanan darah yang
meninggi disebabkan faktor pemakanan. Antaranya kerana banyak memakan garam
atau makanan yang terlalu masin selain kurang beriadah. Kita perlu juga
mengawal berat badan untuk mengelakkan kegemukan. Berat badan yang
berlebihan adalah berbahaya kepada kesihatan kerana mudah diserang pelbagai
penyakit.
LEBIHAN KOLESTROL: Kolestrol dihasilkan atau dijana oleh
tubuh badan manusia itu sendiri. Tubuh kita memerlukan kolestrol untuk membina
sel-sel membran.Memakan
daging dan makanan lain yang berasaskan daging akan menyebabkan kandungan
kolestrol berlebihan di dalam badan kita. Kolestrol itu lama-kelaman akan
menutup saluran darah dan menyebabkan serangan jantung.
Doktor menasihati kita
supaya mengurangkan makanan yang berlemak dan sebaliknya melebihkan makan
sayur-sayuran, ulam, buah-buahan atau lemak yang dihasilkan daripada
tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya, jagung, biji bijan, susu tisu kulktur dan
lain-lain.
KENCING MANIS: Kencing manis berpunca daripada lebihan
kandungan gula di dalam darah. Kencing manis juga menjadi faktor kepada
serangan penyakit jantung. Kencing manis dapat dikawal melalui pemakanan atau diet yang betul. Yang utama, kurangkan memakan makanan yang
manis-manis atau yang bergula dan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas
sehari.
KEGEMUKAN: Seseorang yang mempunyai berat badan yang
tidak normal biasanya mempunyai penyakit darah tinggi akibat lebihan
kolestrol di dalam tubuh badan. Kegemukan atau obesiti mungkin
berpunca daripada amalan pemakanan, kurang senaman dan banyak tidur. Kegemukan
dapat dikawal dengan membanyakkan riadah dan mengawal diet.
FAKTOR KETURUNAN: Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang
mengidap penyakit jantung perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah awal
bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit yang sama. Golongan ini seharusnya
lebih kerap menjalani pemeriksaan kesihatan, mengawal diet, banyakkan senaman dan jangan sekali-kali
merokok dan meminum minuman berakohol.
Malah banyak penyakit
berpunca daripada keturunan atau baka. Amalan mendapatkan rawatan atau
pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan sekali merupakan
langkah yang digalakkan. Di dalam menangani penyakit adalah lebih baik kita
mencegahnya daripada mengubati.