TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Memaparkan catatan dengan label Stress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Stress. Papar semua catatan

Rabu, 24 Februari 2016

VITAMIN B COMPLEX

Assalamualaikum,

Kita bertemu lagi yea pembaca setia Blog Cik Iza...harap masih ada yang sudi menjenguk blog ni walaupun suatu ketika dulu tuan punya blog menyepikan diri......

Kali ini sempena petang-petang ni, Cik Iza teringin pulak nak cerita tentang B-Complex, lama dah tak cerita pasal ni, Cik Iza guna kan B-Complex ni sebagai penenang jiwa, ehhhhhhh jangan salah faham dulu, bukan lah ubat penenang....salah satu khasiat B-Complex ini ialah mengurangkan stress, jadi bila kita stress macam-macam lah boleh terjadi, kita yang selalunya sopan, ayu gitew tetiba jadik singa jadian, stress punya pasal lah kan....sementelah zaman sekarang ni, dengan agenda politiknya, dengan karenah orang sekelililing, dengan masalah kawan-kawan, jiran tetangga pendek kata, he he he pendek yang kata bukan Cik Iza yang kata ha ha ha, sekurang-kurangnya dengan ada supplement boleh lah kita mengurangkan sedikit stress tu, malah bukan stress aja, boleh mengurangkan tekana-tekanan yang lain....bila kita tak stress hidup pun gembira....yeay yeay....

Cerita banyak pun tak guna, meh sini kita baca tentang B-Complex, bukan Cik Iza saja reka tau, ada kat website official Shaklee nih...

B-Complex

Spektrum Penuh Lapan Jenis Vitamin B

 
Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
 
Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.
 
B-Complex
 
Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.
Perbezaan Shaklee Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten B-Complex dilengkapi sistem pengangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.
 

Sumber Vitamin B Kompleks

Vitamin B1 (tiamin). Termasuk ke dalam vitamin B kompleks. Vitamin ini bisa ditemukan dalam sereal (padi, gandum)kacang-kacangan seperti lentil, almond, sayuran berdaun hijau seperti bayam, selada, kubis, asparagus. Sdangkan dari sumber hewani bisa didapatkan dari, ikan, telur, susu, dan daging.
 
Vitamin B2 (Riboflavin. Beberapa sumber terbaik riboflavin adalah ayam, ikan, telur, kacang-kacangan (seperti kacang polong dan lentil. Susu, yoghurt dan keju juga kaya akan riboflavin. Dari sumber nabati sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli, asparagus, dan sereal juga menyediakan sejumlah besar riboflavin untuk kesehatan.
 
Vitamin B3 (Niacin). Banyak ditemukan pada ayam, salmon dan ikan seperti tuna dan salmon. Sedangkan bagi para vegetarian bisa mendapatkan sumber niacin dari kacang-kacangan, pasta dan gandum utuh.
 
Vitamin B6 (piridoksin)makanan seperti kentang, kacang-kacangan, daging merah, unggas, telur dan sereal mengandung sangat tinggi vitamin B6
 
Jadi, kita memerlukan banyak jenis kekacang, sayuran, sumber daging untuk memenuhi keperluan B-Complex, untungnya Shaklee dah satukan dalam bentuk tablet jadi tugas kita semua hanyalah contact Cik Iza (ewah....tak adalah, hubungi pengedar Shaklee yang terdekat, order aja B-Complex ini, bila barang sampai....ambil air, buka botol, telan pil minum air, hmmmmmm dah dapat khasiat...mudah bukan?
 
TAPI.....ADA TAPINYA.........
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
jadi, kawan-kawan semua jangan lah anggap vitamin/supplement semua ini macam ubat kat klinik yang sekali telan dah baik...makan masa bergantung pada system tubuh masing-masing, kadang-kadang kita sendiri tak perasan apa kesannya, sebab kita dah sihat...maklum kita ni dah lumrah, bila sihat kan eksen...segak aja jalan...tup tup ingat balik, oooo makan ni kot, itu kot....apa-apa pun, kita hanya lah berikhtiar, hanya Allah yang menentukan segalanya...Inshaallah...Aaminn...
 
sumber dari :- SHAKLEE, DUNIA FITNESS
 
Salam Sayang dari Cik Iza,
Pengedar Shaklee
ID:906325/017-7365931
 
 

Jumaat, 17 Mei 2013

SUMBER PEMAKANAN PENTING - B COMPLEX

B-Complex


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik


Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.


B yang Lengkap dan Seimbang

Khamis, 9 Mei 2013

STRESS DAN AKIBATNYA

Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.


Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.


Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan. 




Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.


Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.


Cara Mudah untuk Mengatasi Stres
Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan :-


1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. 
Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

* Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Vitamin B-Complex adalah yang terbaik kerana mengandungi asid folik dan di antara fungsinya 
- Mengurangkan tekanan dan simptom kemurungan, - Meningkatkan fungsi otak- Menggalakkan kesihatan jantung, metabolism tenaga dan    replikasi DNA yang sihat- Menukarkan makanan menjadi tenaga- Meningkatkan fungsi otak

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.



3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.





4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.


Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.






Walau siapa pun kita, walau apa status kita, bila tiba bab2 stress ni semua orang pon sama, dah tak ingat apa, jadi sama2 lah kita menanganinya dengan baik dan jangan lupa berdoa, berzikir pada Nya..hanya pada Nya tempat yang terbaik untuk kita mengadu segala masalah....


DOA KETIKA MENGHADAPI TEKANAN


Surah Ali Imran Ayat 173



"173) cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)..



Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com