TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Memaparkan catatan dengan label Akhirnya Dia Suami AKu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akhirnya Dia Suami AKu. Papar semua catatan

Rabu, 24 Februari 2016

CERPEN (RUGI KALAU TAK BACA)

Okay buat julung kalinya, Cik Iza pamerkan karya Cik Iza di sini, cerpen ni CIk Iza punya ya, bukan copy kat mana2, jangan kata Cik Iza nak trend trend ya, tu haaa 2013 Cik Iza dah tulis cuma Cik Iza tulis kat blog berangan Cik Iza (Blog Queen Of The House), msaalahnya cerpen ni Cik Iza tak habis load kat blog, malas nak menaip..hihihi..original dah abis dah cuma cari masa nak taip panjang yang berjela2 tu, tunggu mood sesuai baru bole tulis hokay....Sila lah jemput baca

Saturday, 21 September 2013


CERPEN : AKHIRNYA DIA SUAMIKU......

JODOH

Percaya pada cinta pertama? Ala yang orang putih selalu kata love at first sight…Aku percaya…hmmm kenapa? Tak percaya? Anda harus percaya kerana ianya akan datang disaat yang tepat. Lajunya degupan jantungku tatkala sidia lalu didepan mata, tingkah lakuku tak keruan disaat terpandang sidia walaupun langsung tanpa disedari oleh sidia…Perasan ke? Entah lah, itulah apa yang aku rasa setiap kali aku terpandang sijantung hatiku itu. Terpahat azam suatu hari nanti itulah jodohku, kata orang Allah akan makbulkan setiap apa yang kita minta kerana Allah maha penyayang…mungkin juga kerana aku mengharapkan sidia akan menjadi jodohku sejak aku berada di tingkatan 5 lagi… Bunyinya gila kan? Lebih gila lagi, aku cuma nampak samar-samar sahaja rupa si jantung hatiku itu kerana aku ni rabun jauh..kelakar? Meminati seseorang yang tidak diketahui rupa parasnya, hanya meneka-neka dari kejauhan…Mungkinkah cinta sejati? Ya Allah.. indahnya cinta itu..

       Tapi aku seorang pelajar yang tidak mensia-siakan harapan orang tua, walaupun aku gilakan sidia, yang ketika itu dia tahu atau tidak aku begitu menggilainya, aku tidak mengabaikan pelajaran sama sekali Cuma tidak dapat dielakkan setiap kali dia berada berhampiran dengan ku, seperti ada suatu tarikan walau aku berada di ceruk mana, setiap kali sidia lalu, seakan ada auranya mendekati, aku akan berdebar-debar dan mulalah tercari-cari.

       Akan aku terintai-intai setiap kali ada perhimpunan besar didewan sekolah, cukuplah jika aku tahu sidia ada didalam dewan itu, seolah-olah sidia berada disampingku, wah romantisnya…dan setiap kali aku memandang kelasnya yang kebetulan bertentangan dengan kelasku walaupun dirintangi oleh dewan, pusat sumber, lot parking..ianya kurasakan dekat sekali, sehingga rakan-rakan sekelas ku hampir menyedarinya, tak mungkin aku berkongsi rahsia dengan mereka, kecuali teman rapat yang aku percaya, Zai, Zack dan Zelly. Mereka inilah yang rajin melayan aku berangan-angan.

       Saat paling gembira adalah setiap pagi tatkala menaiki bas hendak ke sekolah? Kenapa? Sudah tentu kerana sidia akan menaiki bas yang sama setiap hari. Ya Allah seronoknya, ibarat lagu Allahyarham Sudirman, perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama…. O o o sidia, tak akan ku lupa di pagi yang indah hampir tercabut jantung ku bila sidia betul-betul duduk dihadapan ku yang kebetulan berdiri di hadapannya. Masih ku ingat sidia segak sekali di pagi hari, memegang fail berwarna kuning, sumpah, aku tak tengok langsung wajah dia tapi apa yang dapat aku rasakan, dia memang segak pagi itu. Hampir menggigil bila aku turun dari tangga bas, ibarat lagu Hujan, pagi yang gelap kini sudah terang dan menerangi seluruh hidupku ketika itu… Bila STPM semakin hampir, kutitipkan kad sebagai perangsang untuk sidia, pelbagai kad dan penanda buku aku titipkan kepada rakan baikku Zai agar sidia menerimanya tanpa ku isi nama ku disitu..malu mungkin? Entahlah, aku tidak pernah sukakan seorang lelaki sehebat itu, mungkin aku takut kecewa jika ditolak atau dikecewakan, cukuplah asalkan dia tahu ada seseorang meminatinya dari jauh. Walaupun sebenarnya aku benar-benar berharap sidia tahu aku yang mengirim kad-kad itu dan dia sama seperti aku, mempunyai naluri yang sama..mungkinkah???

       Siapa kata meminati seseorang dari kejauhan tiada risiko? Lebih besar risikonya kerana sidia yang aku gilai itu meminati junior di sekolah ku, pedih dan kecewanya hati ku, hanya Allah yang tahu. Lantas kulabelkan juniorku itu, sigedik..Menyampah dan meluat aku lihat tingkahlakunya yang aku ibaratkan memang menyakitkan hati ku, aku pun tak tahu kenapa aku benci kan dia sedangkan apalah dosanya, dia sama sekali tidak tahu aku meminati orang yang sama dengan pujaan hatinya, Mungkin… status abang dan adik angkat yang dikhabarkan ke telinga ku melalui temanku Zai sungguh menyakitkan hati aku yang sudah sedia pedih, terguris ini. Apalah dayaku kerana aku menyukainya hanya dalam diam dan aku diibaratkan bertepuk sebelah tangan.
       Lantas, aku mula belajar mengurangkan perasaan suka aku pada sidia kerana aku tidak mahu kecewa sendirian. Ibarat peribahasa, meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang…Aku? Merajuk sendirian tentu tiada gunanya, lebih baik aku fokus pada SPM yang semakin hampir. Aktiviti berjalan-jalan bersama teman di sekeliling sekolah, aku kurangkan, kerana aku terluka setiap kali lalu di balai bacaan, aku terpandang sidia duduk bersama dengan adik angkatnya, aku kecewa sekali. Aku mula merasakan aku sebenarnya memang bertepuk sebelah tangan. Dihati ni merasakan, sidia memang tahu sebenarnya akulah orangnya yang sering menitip salam dan mengirim kad-kad perangsang kepadanya…….itu tandanya, dia sedikit pun tidak menaruh hati padaku…..
       Aku kurangkan rasa kecewa dengan berbalas-balas surat dengan sahabat penaku Anuar yang merupakan adik kepada seorang pelajar senior diasrama dan merupakan penuntut universiti. Dia sering memberikan semangat dan motivasi agar suatu hari aku belajar bersama-samanya di universiti itu. Insyallah….Kami sering berbalas-balas surat, itu lah saat-saat ketikanya aku boleh melupakan sidia yang benar-benar telah menghancurkan hatiku walaupun tanpa dia sedari…
       Masa berlalu dengan pantas sekali, aku seolah-olah telah melupakan kisah sidia dengan adik angkatnya itu… biarlah masa menentukan segala-galanya. Asalkan dia bahagia….Tiada khabar berita darinya setelah kami masing-masing menghabiskan peperiksaan besar yang cukup bermakna, sidia dengan STPMnya dan aku dengan SPM…semoga kami berjaya.
Selesainya peperiksaan, selamat tinggal sekolah ku yang banyak meninggalkan saat-saat manis dan pahit dalam hidupku..Walau apa pun yang terjadi, hidup perlu di teruskan. Aku menghabiskan masa-masa ku dirumah sambil menolong ayahku menguruskan perniagaannya..Bosan? Tidak sama sekali kerana dalam kesibukan itu, aku dapat melupakan sidia…Alhamdulillah, walaupun terkadang aku tertanya-tanya apa yang dia lakukan waktu itu…. Sidia lagi? Mungkinkah dia tertanya-tanya tentang keadaan ku sekarang? Perasan lagi….
       Anuar semakin kerap mengutus surat kepadaku, katanya tidak sabar-sabar menunggu aku diterima ke universiti yang sama dengannya..mungkinkah akan menjadi kenyataan? Aku dapat merasakan yang keputusan peperiksaan aku akan hanya cukup makan sahaja, harap-harap lebih baik dari itu. Anuar mengirimkan photonya kepadaku, wah boleh tahan juga, tapi tidak setampan sidia ku yang aku gila-gilakan dulu…kenapalah sidia asyik mengganggu hidupku?
Walau mulutku menidakkan kehadiran sidia tetapi hati ku tetap mengharap agar suatu hari nanti aku dapat bersua dengan sidia jantung hatiku itu..jauh betul angan-anganku. Walau Anuar yang sering menghubungiku, sidia tetap dalam ingatan ku, sedang apa sidia sekarang ye? Masih berabang, adik angkat kah dengan juniorku yang agak gedik itu? Harapan besar ku, moga-moga masa dan jarak memisahkan mereka berdua. Layakkah aku mendoakan yang tidak baik kepada orang lain? Masyallah, jahat juga aku ni……
       Aku masih tiada mendengar khabar berita mengenai si jantung hatiku setelah sekian lama, sewaktu keputusan peperiksaan keluar, aku berjumpa dengan ketiga-tiga rakan baikku…Alhamdulillah lulus semuanya walaupun keputusan aku tak melayakkan aku untuk menuntut di universiti yang sama dengan Anuar. Insyallah akan usahakan di pusat pengajian Tinggi yang lain, tapi mungkinkah aku akan melayakkan diri ke mana-mana? Malukah aku untuk memberitahu dunia? Aku gagal matematik? Tak mungkin aku memberitahu Anuar tentang perkara itu, agak memalukan…aku lemah mata pelajaran Matematik. Aku fokus untuk memohon di UITM kursus yang amat aku minati, Art and Design…berseni agaknya aku ni, banyak jugaklah institusi pelajaran tinggi awam dan swasta yang aku mohon.. seharusnya kursus yang aku layak sahajalah..tidak ketinggalan juga, kursus perguruan juga aku mohon tetapi yang aku layak hanyalah guru bahasa Inggeris disebabkan aku gagal Matematik, itu syaratnya. Kenalah aku makan keju banyak sikit…kelakar? Entahlah…
       Hari berlalu begitu pantas, banyak juga surat jawapan yang mengecewakan sehingga lah aku terpandang satu surat yang memang bukan dari mana-mana institusi pengajian kerana ianya bertulisan tangan dan menggunakan sampul surat bergaris merah dan biru… Aku tertanya-tanya dari siapakah ini kerana selain dari tulisan nya yang begitu asing, dibelakang sampul tertulis “guess Who”… Aduh..makin penasaran aku. Setelah aku buka surat itu, hampir luluh jantungku, dan rasa nak terjuntai bebola mataku bila surat misteri yang aku terima itu sebenarnya dari sidia yang aku minati selama ini.. Mimpi kah aku?
       Dia muncul semula setelah hampir aku berputus asa dengannya..macam-macam perasaan yang aku rasakan saat itu, nak menangis rasanya tak patut, nak ketawa macam gatal pulak….whatever!!!!!! Orang pertama yang aku hubungi ketika itu adalah zai, rakan karibku.. terjerit-jerit kegembiraan kami di telefon mungkin orang sekeliling ingat aku ni sewel, maklumlah ketawa terbahak-bahak di telefon awam. Ketika itu, telefon awamlah yang paling banyak berjasa kepada orang ramai terutama aku, ohh tidak terlupakan abang posmen. Kerana merekalah aku dapat berutus-utus surat dengan Anuar.
       Berkali-kali surat sidia aku baca tanpa jemu, ringkas sahaja isinya tetapi padat, sidia menerangkan keadaannya sekarang dan menyertakan alamat sekali, minta balasan lah kan? Sudah tentu aku akan membalasnya tanpa di paksa. Malam itu juga aku membalas surat sidia, aku mengucapkan terima kasih kerana sudi menitip surat kepada ku, memang tidak ku sangka, cempedak jadi nangka. Aku menerangkan serba sedikit keadaanku sehabis peperiksaan SPM, apa yang aku lakukan sepanjang mengisi masa-masa lapangku. Tidak pulak aku menceritakan betapa aku asyik terkenang-kenangkan dirinya.
Kami saling berutus surat, bermacam-macam gaya dan bahasa aku gunakan, maklumlah aku ni suka sangat bercerita, maklum tak dapat dibayangkan orang yang aku gilai mengutuskan surat dulu kepada aku, siapa kata aku bertepuk sebelah tangan? Tentu tidak….wah sombongnya aku. Rupa-rupanya sidia pernah bertemu dengan sepupuku ketika dia mahu pulang dari kampung ke tempat kerja, mereka saling berbual dan selepas itu dia terus mengirim surat kepada aku..Terima kasih Jay kerana memulakan segalanya.

       Setelah berpucuk surat kami berutus....... BERSAMBUNG

Setelah berpucuk2 surat kami berutus, si dia mengajakkku untuk bertemu di bandar berdekatan, aku menolak dengan baik kerana aku memang berpegang satu prinsip, jaga nama baik ayahku yang agak terkenal di kampung. Heboh lah kalau orang2 kampung nampak aku berdating dengan pakwe di bandar. Memang itu lah perkara terakhir yang aku buat. Mungkin jika di bandar lain, aku sanggup? Entahlah. Kami berutus surat seperti biasa tanpa berjumpa kerana pada aku itulah jalan terbaik untuk menunjukkan keikhlasan kami..cewah.

 
Salam Sayang Dari Cik Iza yang sehingga kini masih lagi pengedar Shaklee...saja lah nak bagitahu, tak nak tau takpe......
 
ID : 906325 / 017-7365931