TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Memaparkan catatan dengan label Produk Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk Review. Papar semua catatan

Selasa, 23 Februari 2016

ABYS ROCK CAFE & CIK IZA

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini buat kali yang kedua Cik Iza berkesempatan menulis di blog yang telah lama sangat Cik Iza tinggalkan...

Kenapa Abys Rock Café? Ada kena mengena ke dengan Cik Iza, tak ada ponnn, Cik Iza nak beritahu pernah makan kat situ, western foodnya sedap...yang tak western Cik Iza belum try lagi lah sebab baru sekali aja CIk Iza pergi. Biasanya setiap kali anak bujang Cik Iza balik weekend dari asrama memang kita orang akan layan kan dia makan kat luar...eh layan kan dia ke layan kan tekak Cik Iza? Biasalah Cik Iza kenalah turut serta dalam ini cerita..

Cik Iza n En Halid Hassan try Lamb Chop, anak bujang try Carbonara spagethi n anak dara Cik Iza try Meatball Spagethi....air sori lah Cik Iza ingat-ingat lupa order air apa sebab dah lama kan......

Overall sedap lah makanannya...kena lah dengan tekak kita orang, so sesiap yang nakkkkkkkkkkk sangat try western pergilah ke abys rock café tu, tak menyesal lah kiranya...Cik Iza bagi 4 bintang....
sori sangat-sangat sebab photo nya tak ada....lum berkesempatan nak upload lain kali sahaja lah yea...
kalau nak tau search aja lah INSTAGRAM dia... ABYS ROCK CAFE TAMAN RINTING boleh lah nak tengok menu apa yang kena dengan tekak u allsss....

OKay lah takat itu ajalah Cik Iza punya update tentang makan-makan western ni, nanti kalo mood Cik Iza baik, CIk Iza cerita lagi

Salam Sayang,
Cik Iza yang sehingga kini masih lagi jual Shaklee.....
017-7365931

Khamis, 19 Februari 2015

NANO WHITE PRODUK REVIEW

Assalamualaikum,

Sebelum Cik Iza mulakan pem"blog"an, wah ayat ntah apa2 aja kan. Biarlah Cik Iza sapu-sapu sawang yang ada di blog Cik  Iza ni yea....Rasanya dah lama sangat Cik Iza tak menulis. Semua itu bukan disebabkan kerana Cik Iza malas, Cik Iza tak berblog kerana pc Cik Iza ada masalah sikit....hihi kat rumah Cik Iza tak ada note book @ laptop yea...Cik Iza guna PC yang gedabak mak aiii besonya, peten lama katanya, takpe lah janji Cik Iza ada kan??? Gelak ke? Ish ish tak baik gelakkan Cik Iza, dah itu yang Cik Iza ada....Bersyukur..

Alhamdulillah walaupun Cik Iza punya pc bermasalah sikit lately, Cik Iza pegi lah Cc sambil temankan anak2 Cik Iza, hah ambik ko....empat beranak pergi rombongan ke Cc...bukan apa, kita ajak buat apa yang anak kita suka, join to the club, sekurang2nya dia orang dapat suka-suki dalam masa yang sama bersama-sama dengan parents...kan okay gitu..lagi pon biarlah dia orang tu respek kat kita sebab mak pak dia orang tak buta IT...bukan tau men game je kan, ni pon sambil teman bujang Cik Iza buat tugasan sekolah...sambil memantau jugak..

Rasanya Cik Iza macam dah salah tajuk kan? Kata nak buat review produk NANO WHITE tapi cerita lak pasal keibu bapaan.....takpe itu akan Cik Iza kongsi di epsiod akan datang...

PENCUCI MUKA NANO WHITE



Cik Iza guna pencuci muka ni, almost 2 years Cik Iza guna dan kesannya...alhamdulillah, dah ada yang puji Cik Iza semakin cerah gitew....tak yah guna ehem ehem untuk putih....

TONER



Toner ni, Cik Iza baru je guna...selama hari ni memang takde guan toner, tapi bila buat sikit research kena lah guna toner sebab bole bantu kecilkan pori-pori...maklum lah Cik Iza ada batu bulan yang walaupun tak seberapa besarnya...menyumbang jugak ketidak ke cun nan Cik Iza nih...hihihii sendiri dah tak cun salahkan pori lak....tapi bagus lah toner ni, sejukkkkkk je dan rasa lembap2 sikit..macam terserlah ayu ku selepas menggunakannnya...cewahhh...

SUNBLOCK



Hokay, untuk sunblock Cik Iza guna yang ini, tapi Cik Iza guna yang natural color sebab Cik Iza jenis suka yang natural-natural..bak kata mat salleh tu, natural beauty...cewah....

Setakat ni, setelah Cik Iza guna 3 produk ini walaupun tak lengkap dan ditambah dengan rakan sekerja yang memuji....jadi dah nampak kesannya ke atas Cik Iza kan? Kalau lah Cik Iza guna set lengkap harus terlajak jelita Cik Iza ni....perasan....

Okay lah nanti Cik Iza upload photo Cik Iza yang terkini sebab hari ini tak boleh, kat cc....lain kali yea...

Photo-photo produk cik Iza dapat dari sumber PRODUK NANO

sila lah layari web @ facebook tersebut untuk tahu lebih lanjut sebab Cik Iza tak sempat nak snap photo produk Cik Iza sendiri.....

Bye,

Wassalam, Salam Sayang dari Cik Iza


Selasa, 30 Julai 2013

KESIHATAN, KECANTIKAN DAN AWET MUDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

eh..macam nak berucap pulak kan...takpe lah, lagi pun CIk Iza dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk ke? Tidaklah jugak, Cik Iza tak tau sejak dua menjak ni dilanda virus M..faham faham ajalah apa maksudnya, sesiapa yang masih blur @ kurang faham dengan bahasa itu, buat-buatlah faham..

Hari ni Cik Iza  nak bincangkan, rasanya lebih sesuai tentang bercerita lah ye, sebab kalau bincangkan tu untuk golongan pro aja, Cik Iza nak cerita pasal tajuk di atas tu di atas pandangan CIk Iza sendiri...ye lah pandangan Cik Suri rumah ni berdasarkan pengalaman sendiri @ orang-orang yang terdekat dan bukan lah dari pandangan golongan profesional seperti doktor @ professor @ yang berkaitan dengannya. Takut - takut disalah erti kan bahaya.

KESIHATAN dululah yea, semua sudah sedia maklum kesihatan amat penting untuk semua golongan manusia tanpa mengira jantina, tua, muda, kecil, besar, hitam, putih, kurus, gemuk...apatah lagi di zaman pemanasan global ni, kesihatan amat penting untuk dititik beratkan....lagipun, kita semua sekarang sudah celik kesihatan (eh ada eh? ingat celik it aja..adalah....), kita dah mula prihatin tentang kesihatan. Terutama Cik Iza lah, kebetulan cerita2 ni bulan puasakan? CIk Iza berbuka dah tak minum ais lagi lah untuk tegukan pertama ..cewah..Cik iza takut lah, mula2 dulu takdenya nak ikut peraturan...main teguk aja, sejak2 dah berumur ni, Cik Iza tak tau lah, dah kalah dengan minuman berais terutama yang bergas..boleh lah nak minum bukan tolak langsung, cuma dikurangkan jumlah pengambilannya, kesan yang Cik Iza dapat kalau ambil berlebihan? Cik Iza akan pening kepala...senoneng kata orang tu, bila kepala dah sakit, Cik Iza surrender lah, mula lah nak naik angin aja...duduk, baring, menjelor..semua dah tak betul, nak tido pun tak boleh....tak fokus gitew nak tido kalau kepala tengah sakit..
Cik Iza kena jugak ingatkan diri Cik Iza tentang hal pengambilan ais dan air bergas ni, maklum kejap lagi nak raya, teringat raya 2 tahun lepas, ya Allah, semua anak2 buah kata CIk Iza mengantuk sebab mata layu aja masa menziarahi rumah sanak saudara, demi Allah tak ada niat nak mengantuk, dia orang dah salah faham, CIk Iza masa tu sakit kepala yang amat sangat...tidak tertahankan...yang menziarah pulak pergi beramai-ramai, takkan dia orang nak melayan kan kita sorang, sakit sikit nak balik..layan kan ajalah..puncanya? Cik Iza minum banyak sangat air gas...masa tu macam dah mabuk gas agaknya, satu rumah minum satu gelas, satu hari banyak rumah pergi..konvoi lah katakan...dah semua rumah hidangkan air gas, Cik Iza ni lak malu konon nak mintak air len lain, nak mintak air masak tak best pulak, orang lain minum air manis...he he mengada pulak tu, tak sedar kekurangan diri langsung...
Mula-mula memang okay, Cik Iza layankan aja, dah lah makan tak hengat...tuan rumah dah pelawa, menolak kang kecik hati pulak...dah lah yang mempelawa tu sepupu, ipo duai, mak mak sedara...apa lah daya Cik Iza menolak kan? hemmm konon je, padahal memang nak isi perut sendiri, maklum le, masakan nya mak oi sedap-sedap lak tu.....cerita diatas ditulis memang sebelum puasa n raya, maaflah sebab Cik Iza hanya sempat pot selepas dah nak habis raya dah pon...Alhamdulillah raya tahun ni Cik Iza control, tak minum ais sangat n tak minum air bergas, yang bestnya pulak, banyak rumah yang hidangkan air buat sendiri (hah air apa tu?) air bukan gas ler, sirap, grape, oren dan yang sewaktu dengannya..he he kiranya selamat lah CIk Iza....Lagi satu Sihat itu adalah anugerah Allah yang tak ternilai, jagalah kesihatan sewaktu kita masih muda dan terdaya, jagalah pemakanan sebaik mungkin, berhenti sebelum kenyang....susah kan nak buat...selagi belum erkkkkk memang macam lum kenyang aja....berpada2 lah maksudnya, Cik Iza bercerita ni sebab nak ingatkan diri sendiri, Cik Iza dah masuk 4 series dan Cik Iza terus terang lah yang CIk Iza sekali pon not even once (ceh terkeluo omputihnya)..cek kat spital or klinik? cek yang menyeluruh lah tu, takat demam Cik Iza ada lah pergi...Sebab? Cik Iza takut...kenapa? takde jawapan untuk itu...setakat ni lah dulu Cik IZa celoteh, karang2 Cik Iza sambung..malam2 nih dah ketandusan idea pulak, katanya.....lama sangat tandusnya yea...takpe lah slow2 kata orang tu....

HE HE GAMBO NI SAJA-SAJA NAK BAGI MOOD RAYA...

Esok2 kita citer lagi yea,

Salam Sayang,
Cik Iza Pengedar Shaklee : ID 906325/0177365931