TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Memaparkan catatan dengan label Awet Muda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Awet Muda. Papar semua catatan

Selasa, 30 Julai 2013

KESIHATAN, KECANTIKAN DAN AWET MUDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

eh..macam nak berucap pulak kan...takpe lah, lagi pun CIk Iza dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk ke? Tidaklah jugak, Cik Iza tak tau sejak dua menjak ni dilanda virus M..faham faham ajalah apa maksudnya, sesiapa yang masih blur @ kurang faham dengan bahasa itu, buat-buatlah faham..

Hari ni Cik Iza  nak bincangkan, rasanya lebih sesuai tentang bercerita lah ye, sebab kalau bincangkan tu untuk golongan pro aja, Cik Iza nak cerita pasal tajuk di atas tu di atas pandangan CIk Iza sendiri...ye lah pandangan Cik Suri rumah ni berdasarkan pengalaman sendiri @ orang-orang yang terdekat dan bukan lah dari pandangan golongan profesional seperti doktor @ professor @ yang berkaitan dengannya. Takut - takut disalah erti kan bahaya.

KESIHATAN dululah yea, semua sudah sedia maklum kesihatan amat penting untuk semua golongan manusia tanpa mengira jantina, tua, muda, kecil, besar, hitam, putih, kurus, gemuk...apatah lagi di zaman pemanasan global ni, kesihatan amat penting untuk dititik beratkan....lagipun, kita semua sekarang sudah celik kesihatan (eh ada eh? ingat celik it aja..adalah....), kita dah mula prihatin tentang kesihatan. Terutama Cik Iza lah, kebetulan cerita2 ni bulan puasakan? CIk Iza berbuka dah tak minum ais lagi lah untuk tegukan pertama ..cewah..Cik iza takut lah, mula2 dulu takdenya nak ikut peraturan...main teguk aja, sejak2 dah berumur ni, Cik Iza tak tau lah, dah kalah dengan minuman berais terutama yang bergas..boleh lah nak minum bukan tolak langsung, cuma dikurangkan jumlah pengambilannya, kesan yang Cik Iza dapat kalau ambil berlebihan? Cik Iza akan pening kepala...senoneng kata orang tu, bila kepala dah sakit, Cik Iza surrender lah, mula lah nak naik angin aja...duduk, baring, menjelor..semua dah tak betul, nak tido pun tak boleh....tak fokus gitew nak tido kalau kepala tengah sakit..
Cik Iza kena jugak ingatkan diri Cik Iza tentang hal pengambilan ais dan air bergas ni, maklum kejap lagi nak raya, teringat raya 2 tahun lepas, ya Allah, semua anak2 buah kata CIk Iza mengantuk sebab mata layu aja masa menziarahi rumah sanak saudara, demi Allah tak ada niat nak mengantuk, dia orang dah salah faham, CIk Iza masa tu sakit kepala yang amat sangat...tidak tertahankan...yang menziarah pulak pergi beramai-ramai, takkan dia orang nak melayan kan kita sorang, sakit sikit nak balik..layan kan ajalah..puncanya? Cik Iza minum banyak sangat air gas...masa tu macam dah mabuk gas agaknya, satu rumah minum satu gelas, satu hari banyak rumah pergi..konvoi lah katakan...dah semua rumah hidangkan air gas, Cik Iza ni lak malu konon nak mintak air len lain, nak mintak air masak tak best pulak, orang lain minum air manis...he he mengada pulak tu, tak sedar kekurangan diri langsung...
Mula-mula memang okay, Cik Iza layankan aja, dah lah makan tak hengat...tuan rumah dah pelawa, menolak kang kecik hati pulak...dah lah yang mempelawa tu sepupu, ipo duai, mak mak sedara...apa lah daya Cik Iza menolak kan? hemmm konon je, padahal memang nak isi perut sendiri, maklum le, masakan nya mak oi sedap-sedap lak tu.....cerita diatas ditulis memang sebelum puasa n raya, maaflah sebab Cik Iza hanya sempat pot selepas dah nak habis raya dah pon...Alhamdulillah raya tahun ni Cik Iza control, tak minum ais sangat n tak minum air bergas, yang bestnya pulak, banyak rumah yang hidangkan air buat sendiri (hah air apa tu?) air bukan gas ler, sirap, grape, oren dan yang sewaktu dengannya..he he kiranya selamat lah CIk Iza....Lagi satu Sihat itu adalah anugerah Allah yang tak ternilai, jagalah kesihatan sewaktu kita masih muda dan terdaya, jagalah pemakanan sebaik mungkin, berhenti sebelum kenyang....susah kan nak buat...selagi belum erkkkkk memang macam lum kenyang aja....berpada2 lah maksudnya, Cik Iza bercerita ni sebab nak ingatkan diri sendiri, Cik Iza dah masuk 4 series dan Cik Iza terus terang lah yang CIk Iza sekali pon not even once (ceh terkeluo omputihnya)..cek kat spital or klinik? cek yang menyeluruh lah tu, takat demam Cik Iza ada lah pergi...Sebab? Cik Iza takut...kenapa? takde jawapan untuk itu...setakat ni lah dulu Cik IZa celoteh, karang2 Cik Iza sambung..malam2 nih dah ketandusan idea pulak, katanya.....lama sangat tandusnya yea...takpe lah slow2 kata orang tu....

HE HE GAMBO NI SAJA-SAJA NAK BAGI MOOD RAYA...

Esok2 kita citer lagi yea,

Salam Sayang,
Cik Iza Pengedar Shaklee : ID 906325/0177365931



Isnin, 6 Mei 2013

AWET MUDA KE?








Akak umo berapa? jiran Cik Iza tanya bila Cik Iza kata dah umo 4 series, dia orang kata cam tak caya sebab Cik Iza nampak muda? Harus perasan tak yea? (Haruslah....perasan kejap wpon xbearapa nak muda). DAh orang nak puji, nak buat camana redha n terima je lah kan (dalam hati mood tu dah kembang kuncup tak bole kawal perasaan yang perasan teramat sangat). Mula2 dulu dia kat tak tahu nak bahasakan diri apa tapi dah Cik Iza bahasakan diri akak, dia pon ye kan aja sbb dia tak tya umo. ye lah orang pompuan ni kan, bila bbual takde nya nak layan2 umo nih, sensitip kata omputih tu...bio orang meneka, kalo terteka muda, alhamdulillah, tapi kalo terteka tua tu, senyap je lah, tapi Cik Iza dah biasa membahasakan diri "akak" bila jumpa2 dia orang, lagi selamat. Lagi pon mmg layak pon, umo dah layak masuk "Kilauan Emas", kira dah alam veteran lah kan.

Cerita2 muda ni, harap2 muka muda, badan pon muda lah, yea...maksud Cik Iza tu, sihat seadanya, tak nak baru umo pat puluh, dah sakit2 lutut, sakit2 sendi...mcm2 lah sakit ...tak mao tak mao...

wah, cerita2 badan muda nih, ada sorang bole dikatakan jiran jugak le, satu taman len lain lorong, dia selalu serempak ngn Cik iza bila nak ambik anak sekolah agama, dia selalu tegur, dah masak lum? Biasa lah Cik Iza jawab, dah masak n dah makan pon...makan awal eh selalu, tapi badan slim je kan? Hemmmm...Cik Iza pon terkontrol ayu tersipu2 gitew...jalan pon ala2 dah berterabur sebab kena puji, nak cover2 supaya tak nampak perasan Cik Iza cakap le, slim jugak lah, sebab hari2 jalan kaki ambik anak, wpon tak sampai sekilometer jauhnya, jalan lah jugek....ye tak?

Satu hari tu dia berpeluang jalan sensaing Cik Iza, dia tya umo Cik Iza, Cik Iza lak ntah nape tinger ni salah dengo ingat dia tya umo anak Cik Iza, Cik Iza jawab 7...dia tya hah umo 27 ke? saya kakak lah kalo gitu, saya dah 34...eh eh, Cik Iza kata tak tak, ingat tya umo anak, umo akak 41 dah..eh, ye ke? nampak muda lah...Ya Allah bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah, Cik Iza tak tau nak kata apa dah....bersyukur aja lah campur2 perasan tak sudah le opkos kan..

Alhamdulillah kalau dikatakan begitu, Cik Iza amalkan apa yea? dia tya...Alhamdulillah Cik Iza rajin makan vitamin sebenarnya, jamu kadang2, tapi sejak akhir2 ni, Cik Iza amalkan makan Supplemen Shaklee, alhamdulillah, Cik Iza cergas seadanya, bangun dah tak letih2 mcm dulu, nak anto anak sekolah pepagi tu menguap aja wpon baru kul 10am, tapi sekarang tak lagi, bangun je pagi dah cergas....masalah pencernaan pon dah okay, dulu susah sgt nak lawasnya, sekarang alhamdulillah....

Harapan Cik Iza, dengan Shaklee (inshaallah dengan Izinnya) Cik Iza sentiasa awet muda, luar dan dalam...siapa nak percaya kan? Hah, Cik Iza bagi testimoni diri sendiri nih....cuma secara berperingkat lah kan, takde nya terus2 nak muda cam 18 tahun, kang dah orang kata suntik menyuntik pulak...tak muka muda pon asalkan sistem badan berfungsi dengan baik, sihat, cantik dan cergas (wah sama nama blog Cik Iza pulak) pon dah bersyukur, nampak muda dari usia tu bonus lah nampaknya...mana lah tau, kot2 harapan Cik iza nak muka licin tercapai, takat ni jerawat2 kecil masih ada, nak putih beno tu tidak le harap sangat sebab Cik Iza, beso2 dah tak berapa cerah, kang disangsikan lak Cik Iza mandi klorok ha ha....takpe lah, dapat kulit licin, halus, kedut2 kurang, syukur alhamdulillah...

Akhir kata...marilah kita berAwet Muda, Sihat, Cantik dan Cergas dengan Shaklee.....Muda segala2nya....

Sekian Salam Manis Dari




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com





Jumaat, 3 Mei 2013

PETUA AWET MUDA CARA MUSLIMAH



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke 
    atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari 
    anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
    Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan 
    mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. 
    Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru 
    diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah 
    menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan 
    dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-
    mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai 
    kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. 
    Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke 
    ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang 
    dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan 
      rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf 
      AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam 
      selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.






Sumber http://hafizamri.com/petua-muslimah-untuk-awet-muda/




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com


Isnin, 22 April 2013

COLLAGEN POWDER





Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen iaitu kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.



Ianya juga mengandungi 7 bahan utama yang istimewa. Shaklee Collagen powder mudah larut dengan minuman dan makanan anda. Setiap hidangan dipek dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila2 masa dan di mana sahaja.

Dah tentu antara kelebihan2nya ada seperti dibawah :-



  • Memperbaiki tekstur kulit wajah 

  • Meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit 

  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan 

  • Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit 

  • Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang 


Sesapa yang nak rasa muda, nampak muda, nampak comel, bole le try Collagen powder, mana tau bole lebih comel dari kak Ton. Inshaallah lepas nih, bukan Kak Ton aja, Kak Kiah, Kak Leha, Kak Ita (eh, ni akak Cik Iza, bukan Che Ta ya, Kak Ita), Kak Piah, Kak Odah, Kak Nora & semua kakak2 yang ada di Malaysia pun bole comel jugak...

Cik Iza pun nak try nanti, mana boleh orang lain comel, Cik Iza tak comel kan? kan?


Comel tak saya?




Wassalam.
"Cik Iza"











Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com