TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Isnin, 29 April 2013

PENYAKIT JANTUNG

Antara fungsi jantung ialah mengalirkan darah ke anggota badan melalui saluran pembuluh darah (arteri kornori). Sebab itu jantung dipenuhi darah yang juga dikandungi oksigen. Jika darah tidak sampai ke jantung, ia tidak dapat mengalirkan darah ke anggota badan. Akibatnya, jantung tidak berfungsi dan seseorang itu akan mengalami masalah pernafasan. Jika perkara ini berlaku, ia disebut sebagai serangan jantung.

Tanda-tanda serangan jantung antara lainnya ialah kesukaran bernafas, merasa sakit di bahagian dada, badan menjadi biru, keletihan dan boleh menyebabkan pengsan.


Penyakit jantung berkaitan dengan amalan makanan dan pemakanan serta gaya hidup seseorang. Kurang senaman atau bersukan menjadi salah satu faktor kepada punca penyakit atau serangan jantung. Memakan makanan yang tidak seimbang juga mendorong kepada risiko penyakit jantung. Kita kerap memakan makanan yang berminyak dan berlemak seperti daging, telor, keju, susu dan makanan-makanan yang dihasilkan daripada lemak dan minyak serta makanan daripada hidupan laut (sea food) seperti ketam, udang dan kerang. Makanan-makanan seharusnya dimakan seimbang dengan makanan-makanan lain yang tidak berlemak atau berminyak. 







Jantung Manusia

Faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada penyakit jantung ialah kegemukan (obesiti), tekanan darah tinggi, kencing manis, kencing berasid, meminum akohol dan juga merokok.
Berikut ialah penjelasan ringkas bagaimana faktor-faktor di atas menyebabkan penyakit atau serangan jantung.

MEROKOK:  Merokok sebenarnya menghisap karbondioksid, sejenis gas yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia. Merokok boleh menyesakkan arteri, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan kerosakan dinding arterial dan melekitkan darah platelet.
Berdasarkan kajian pakar perubatan, seseorang yang merokok sebungkus rokok sehari berkemungkinan diserang penyakit jantung tiga kali ganda berbanding dengan orang yang tidak merokok. Oleh itu, berhentilah merokok kerana kita menghisap asap!

TEKANAN DARAH TINGGI: Meningkatnya tekanan darah boleh memberi risiko kepada manusia. Tekanan darah yang tinggi bukan sahaja boleh menjejaskan jantung tetapi juga boleh menyebabkan angin ahmar dan menimbulkan masalah kepada buah pinggang. Buah pinggang berfungsi untuk membersihkan darah dan membuang air daripada badan. Seseorang yang mengidap penyakit buah pinggang terpaksa menjalani rawatan pembersihan darah atau haemodialysis.
Tekanan darah yang meninggi disebabkan faktor pemakanan. Antaranya kerana banyak memakan garam atau makanan yang terlalu masin selain kurang beriadah. Kita perlu juga mengawal  berat badan untuk mengelakkan kegemukan. Berat badan yang berlebihan adalah berbahaya kepada kesihatan kerana mudah diserang pelbagai penyakit.

LEBIHAN KOLESTROL: Kolestrol dihasilkan atau dijana  oleh tubuh badan manusia itu sendiri. Tubuh kita memerlukan kolestrol untuk membina sel-sel membran.Memakan daging dan makanan lain yang berasaskan daging akan menyebabkan kandungan kolestrol berlebihan di dalam badan kita. Kolestrol itu lama-kelaman akan menutup saluran darah dan menyebabkan serangan jantung.
Doktor menasihati kita supaya mengurangkan makanan yang berlemak dan sebaliknya melebihkan makan sayur-sayuran, ulam, buah-buahan atau lemak yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya, jagung, biji bijan, susu tisu kulktur dan lain-lain.

KENCING MANIS: Kencing manis berpunca daripada lebihan  kandungan gula di dalam darah. Kencing manis juga menjadi faktor kepada serangan penyakit jantung. Kencing manis dapat dikawal melalui pemakanan atau diet yang betul. Yang utama, kurangkan memakan makanan yang manis-manis atau yang bergula dan minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

KEGEMUKAN: Seseorang yang mempunyai berat badan yang tidak normal  biasanya mempunyai penyakit darah tinggi akibat lebihan kolestrol di dalam tubuh badan. Kegemukan atau obesiti mungkin berpunca daripada amalan pemakanan, kurang senaman dan banyak tidur. Kegemukan dapat dikawal dengan membanyakkan riadah dan mengawal diet.

FAKTOR KETURUNAN: Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengidap penyakit jantung perlu lebih berhati-hati dan mengambil langkah awal bagi mengelakkan risiko mendapat penyakit yang sama. Golongan ini seharusnya lebih kerap menjalani pemeriksaan kesihatan, mengawal diet, banyakkan senaman dan jangan sekali-kali merokok dan meminum minuman berakohol.

Malah banyak penyakit berpunca daripada keturunan atau baka. Amalan mendapatkan rawatan atau pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan sekali merupakan langkah yang digalakkan. Di dalam menangani penyakit adalah lebih baik kita mencegahnya daripada mengubati.



Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com




Tiada ulasan: