TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Sabtu, 25 Mei 2013

SUMBER PEMAKANAN PENTING - LECITHIN

Lecithin

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  

Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. 
Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.
Ianya juga berfungsi sebagai ;-


  • Menggalakkan fungsi optimum otak
  • Memecahkan lemak dan menolong mengurangkan berat badan



tapi harus diingatkan bahawa lecithin adalah vitamin (makanan tambahan) yang menolong mengurangkan berat badan jika ianya diambil dengan aturan yang betul beserta dengan diet sihat dan senaman kerana vitamin bukannya ubat. Saja nak bagi ingat, kot2 lupa, manalah tau hari ni makan lecithin esok2 dah mintak badan melentik  mcm Rozita Che Wan....I'm sorry..memang tak dapatlah Cik Iza nak menolong kalo gitu, bukan Cik Iza jer, Rozita Che Wan pun tak bole tolong dek non....

  • Menurunkan paras kolesterol dalam serum

APA ITU KOLESTEROL?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada dagingayamikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi olehprotein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.


Kolestrol penyebab serangan jantung [sunting]

CAUTION !!!!


Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.


Untuk Perhatian, Cik Iza tidak le berniat nak menakut-nakutkan dengan kenyataan di atas, cuma ianya memang kenyataan. Kadang-kadang kebenaran itu menyakitkan tapi kena jugak mengakuinya.....cara yang terbaik? Dah mula kena jaga kesihatan, jinak2 kan diri dengan vitamin. Hah? Dah tua buat apa vitamin2....hish, jangan cakap macam tu, penyakit tu boleh datang kat sapa2 saja, apatah lagi yang dah berumur cam kita.. (eh kita?) Apa orang kata tu? Tidak pernah ada istilah terlewat dalam menjaga kesihatan. 
Vitamin cadangan? Dah tentu lah SHAKLEE. Kenapa? Kerana SHAKLEE SEMEMANGNYA SEMULAJADI.

Salam Sayang, 
"Cik Iza"

Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com

1 ulasan:

Hafiz berkata...

Sumber makanan yang sihat sangat penting dalam untuk pertumbuhan tubuh, amal permakanan yang serta makanan tambah utk dapat tubuh badan yang cergas dan sihat selalu