TENGOK JANGAN TAK TENGOK

Jumaat, 3 Mei 2013

PETUA AWET MUDA CARA MUSLIMAH



1. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke 
    atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari 
    anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. 
    Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan 
    mempercepatkan proses kedutan.

4. Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. 
    Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru 
    diteguk.

5. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah 
    menggosok gigi.

6. Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan 
    dari kepala.

7. Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-
    mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

8. Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai 
    kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

9. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. 
    Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke 
    ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang 
    dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat

10. Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan 
      rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf 
      AS. Amalkan setiap pagi.

11. Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam 
      selepas makan.

12. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

13. Amalkan solat tahajud.

14. Sentiasa tenang dan bersikap positif.

15. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.

16. Maafkan semua orang sebelum tidur.






Sumber http://hafizamri.com/petua-muslimah-untuk-awet-muda/




Wassalam.
"Cik Iza"



Nazriza Binti Suratman
Member ID : 906325
Mobile : 017-7365931
Email : izariza72@yahoo.com


Tiada ulasan: